∆ Kurang penjagaan diri/defisit kebersihan diri berkaitan dengan kebimbangan
Objektif: membantu mengurangkan kebimbangan
pesakit melalui intervensi.
Tindakan kejururawatan:
1.
Ases
tahap kebimbangan pesakit melalui pemerhatian dengan menilai reaksi muka.
Rasional: untuk mengetahui tahap kebimbangan yang
dialami oleh pesakit.
2.
Galakkkan
hubungan yang terapeutik antara jururawat dengan pesakit dan antara pesakit
dengan pesakit lain.
Rasional: supaya pesakit rasa dan tidak berasa
terasing bagi memudahkan proses penjagaannya.
3.
Wujudkan
suasana yang tenang dan persekitaran yang bersih.
Rasional: jururawat perlu bersikap
prihatin,bertanggungjawab kepada pesakit dan mengambil berat tentang kebersihan
pesakit.
4.
Galakkan
ahli keluarga datang membantu menguruskan aktiviti harian pesakit ketika
melawat.
Rasional: supaya pesakit berasa lebih selesa dan
dapat mengurangkan kebimbangannya.
5.
Ajarkan
pesakit cara mencuci tangan sebelum dan selepas makan, dan selepas ke tandas.
Rasional: supaya pesakit mengamalkan penjagaan kebersihan
sebagai tabiat hariannya.
Penilaian:
kebimbangan pesakit
dapat dikurangkan selepas intervensi tersebut dilakukan.
Comments
Post a Comment