∆ Kurang penjagaan diri/defisit kebersihan diri berkaitan dengan apati
Objektif: membantu menurunkan tahap apati yang dialami pesakit melalui intervensi. Tindakan kejururawatan: 1. Ases perubahan pesakit dan perlakuan pesakit melalui tanda-tanda yang boleh menyebabkan apati. Rasional: untuk merancang perawatan selanjutnya kepada pesakit. 2. Galakkan pesakit melibatkan diri dalam terapi diversional seperti mendengar muzik,menari dan menonton. Rasional: supaya pesakit tidak berasa keseorangan dan dapat menunjukkan perasaan ingin bergaul dengan orang lain. 3. Bina hubungan terapeutik antara jururawat dengan pesakit. Rasional: untuk mewujudkan kepercayaan pesakit kepada jururawat dalam membantu proses penyembuhannya. 4. Beri pujian setiap kali melakukan kerja seperti mengemas katilnya selepas bangun tidur,menjaga kebersihan diri dan tabiat eliminasi yang teratur. Rasional: sebagai latihan awal kepada pesakit untuk meningkatkan keyakinan diri dan berdika...